Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara saudari budiman.
Ingin saya mengalu-alukan kesudian anda menjengah laman blog kami di bestnyekawin.blogspot.com. Blog ini khas dari kami untuk anda yang nak mendirikan perkahwinan dan mencari-cari tempat kursus yang sesuai.
Sebagaimana yang kita sama maklumi, perkahwinan merupakan satu ikatan suci juga permulaan kepada pembinaan mahligai syurga dunia kita dan keredaan Allah di akhirat.Sebagai sahabat, kami amat mengalu-alukan hasrat anda untuk mendirikan perkahwinan saudara/ saudari..sama-sama kami tumpang gembira mendengarkan setiap hari bertambah umat nabi Muhammad s.a.w yang nak mendirikan masjid. Di Malaysia, pihak berkuasa telahpun menetapkan setiap individu yang mahu berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus perkahwinan yang telah ditetapkan modulnya oleh pihak JAKIM.Bukannya untuk menyusahkan..tetapi inilah ilmu asas yang perlu kita semua miliki untuk membina mahligai yang benar-benar menjadi 'syurga' untuk kita nanti. Sijil yang anda perolehi diiktiraf oleh semua jabatan agama islam negeri dan tiada tempoh tamat. Bagi pihak kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk anda mendapat manfaat dari ilmu dalam kursus perkahwinan yang anda hadiri bersama kami nanti..bukan itu sahaja.. anda juga bakal mendapat peluang memenangi hadiah yang bakal memeriahkan lagi perkahwinan anda nanti..
Jumpa di kursus nanti, wassalam
Muniev hj. Hassan.